Sunday, July 12, 2009

'DEMI MASA' manusia selalu terlupa


1hari=24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu

365 Hari
8760 Jam

525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)

<> 70th
60 th - 70 th
(65th)

Chart

Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th

"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"

Laki-laki Baligh ± 15 tahun

Wanita Baligh ± 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:



Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?


Catatan:


50 tahun=
18250 hari=
458000 jam

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:

Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun


Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat



Source from: http://abumuaz.vox.com/





Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran


Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

    1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
    menampalnya sendiri tanpa
    perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
    kambing untuk keperluan
    keluarga mahupun untuk dijual.

    2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
    tiada makanan yang sudah siap
    di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
    menyinsing lengan bajunya
    untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
    'Aisyah menceritakan 'Kalau
    Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
    urusan rumahtangga.


    3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
    berangkat ke masjid, dan
    cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


    4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
    Tentulah baginda teramat lapar
    waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
    ada untuk sarapan. Yang
    mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
    belum ke pasar.
    Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
    Khumaira?' (Khumaira adalah
    panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
    bererti 'Wahai yang
    kemerah-merahan')
    Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
    ada apa-apa wahai
    Rasulullah.'
    Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
    saja hari
    ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


    5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
    melihat seorang suami sedang
    memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
    engkau memukul isterimu?'
    Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
    'Isteriku sangat keras
    kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
    aku pukul lah dia.'
    'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
    'Aku menanyakan mengapa
    engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
    anak-anakmu?'


    6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
    adalah yang paling baik,kasih
    dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
    sabar dan tawadhuknya
    baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
    tidak sedikitpun menjejaskan
    kedudukannya sebagai pemimpin umat.


    7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
    Dilihat oleh para
    sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
    satu rukun yang lain amat
    sukar sekali.
    Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
    sendi-sendi
    pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
    satu sama lain. Sayidina
    Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
    langsung bertanya setelah
    selesai bersembahyang,


    'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
    menanggung penderitaan yang
    amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
    'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


    'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
    menggerakkan tubuh, kami
    mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
    tuan? Kami yakin engkau
    sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
    sahabat amat terkejut. Perut
    baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
    kain yang berisi batu
    kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
    Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
    bunyi-bunyi halus setiap kali
    bergeraknya tubuh baginda.


    'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
    dan tidak punya makanan
    kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
    Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
    sahabatku. Aku tahu, apa
    pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
    apakah akan aku jawab di
    hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
    menjadi beban kepada
    umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
    sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
    tidak ada yang kelaparan di
    dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
    Akhirat kelak.'


    8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
    makan di sebelah seorang
    tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


    9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
    direntap dengan kasar oleh
    seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
    lehernya. Dan dengan penuh rasa
    kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
    si Badwi di dalam masjid
    sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


    10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
    dan rasa kehambaan yang
    sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
    sama sekali rasa ke tuanan.


    11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
    langsung tidak dijadikan
    sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
    di depan ramai mahupun
    dalam keseorangan.


    12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
    untuk baginda, baginda
    masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
    terus-menerus beribadah
    hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
    sudah bengkak-bengkak.


    13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
    kemahuan jiwanya yang
    tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
    Rasulullah, bukankah
    engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
    bersusah payah begini?'
    Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
    aku ini hanyalah seorang
    hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
    yang bersyukur.'


    Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
    WALAUPUN SEPOTONG
    AYAT..'

Saturday, July 11, 2009

Solat berjamaah imbangi cas dalam badan



Oleh Ibrahim Abdullah

SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama..

Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.

Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.

Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.

Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .

Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.

Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.



src : Taman2Syurga at yahoogroups dot com



Istidraj


Salam

"Kenapa kadangkala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? ".

So,saya jawablah yang kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada kawan2 tanya kenapa kadang2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan.

Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.

Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia Istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan Istidraj.

Rasullulah s. a.w. bersabda :

"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara
Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia Istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda:

"Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya"
(Kitab Nasaibul æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.

Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.

"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."

src : Taman2Syurga at yahoogroups dot com


Rahsia diwajibkan solat


SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa.

Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat.

"Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat."


(Ibrahim:31)

Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran.

Antaranya, firman yang bermaksud:

"Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring."

Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya."


(an-Nisa':103)

Setiap individu Muslim dan Muslimah mesti mengerjakan solat. Malah, bagi ketua keluarga seharusnya memerintahkan ahli keluarganya melakukan solat. Ibu bapa pula wajib mengajar dan membimbing anak melakukan ibadat itu, seawal usia tujuh tahun.

Ibadat solat adalah suatu perintah daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Banyak kelebihan, keberkatan dan rahsia yang terkandung di dalam solat, malah mengiringi mereka yang mengerjakannya.

# Solat akan menjadikan seseorang sentiasa mengingati Allah dan menghampiri diri dengan-Nya, sekali gus menjadikan kehidupan seseorang itu sentiasa berhubungan dengan Tuhannya.

"Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan aku, oleh itu, sembahlah akan daku, dan dirikanlah solat untuk mengingati daku."

(Toha:14)

# Solat adalah tanda kesyukuran. Muslim atau Muslimah yang mengerjakan solat adalah mereka yang tahu bersyukur sebenarnya. Mereka bersyukur atas segala nikmat dan rahmat tidak terhingga yang Allah kurniakan dengan melakukan ibadat kepada-Nya.

# Ibadat solat menghapuskan dosa. Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa dan solat lima kali sehari dapat menghapuskan dosa yang dilakukan. Sebagaimana satu hadis bermaksud:

"Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar."

(Hadis riwayat Muslim)

# Solat juga dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ibadat solat yang dikerjakan dengan khusyuk dan menepati segala rukunnya boleh mencegah si pelakunya dari melakukan maksiat dan kemungkaran.

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."

(al-Ankabut:45)

# Solat dapat memberi keberkatan, kejayaan dan kebahagiaan hidup. Kita boleh lihat kehidupan orang yang memelihara solat dan orang yang tidak mengerjakan solat, jauh berbeza bukan!

"Sesungguhnya berbahagia/berjayalah orang-orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."


(al-Mukminun: 1-2)

# Solat dapat mententeramkan jiwa. Orang yang melakukan solat secara sempurna dan penuh khusyuk, jiwanya aman damai, malah dapat mengawal segala tekanan sekali gus menjadikan kehidupannya lebih ceria.

Seorang yang taat mengerjakan solat sepanjang hidup, lagi mengerti betapa besar kepentingan solat itu kepadanya serta memahami kelebihan dan rahsia bacaannya, sudah tentu akan tenang jiwanya.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan (bersifat) loba mengeluh apabila kesusahan menimpa dia dan kikir apabila keuntungan mengenai dia, kecuali orang-orang yang solat, yang berkekalan atas solat mereka."


(al-Ma'arij:19-23)

Rasulullah s.a.w ketika berhadapan masalah akan memperbanyakkan solat kerana solat bagi baginda adalah amalan penyejuk hati.

Kelebihan ini sekurang-kurangnya akan menyuntik diri kita umat Islam untuk lebih tekun mengerjakan solat, malah mereka yang selama ini tidak mengenali ibadat itu tertarik untuk turut sama melakukannya.



src : http://www.hmetro.com.my/ (adDin)



Lelaki Idaman Saya


Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa takwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kercergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya



src : http://www.azlina.net/blog/index.php/2006/02/22/ciri-ciri-lelaki-idaman-saya/


Tanda Orang Yang Telah Diterima Taubatnya


Seorang ahli hikmah pernah ditanya tentang taubat yang dilaksanakan oleh seorang hamba:

"Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya diterima atau tidak?"

Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:-

Yang bermaksud:-

1. (hamba yang telah bertaubat itu) melihat bahawa dirinya, masih belum suci dari dosa.

2. Dia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.


3. Dia suka mendekati oang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat.


4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi dia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi dia tetap melihatnya masih sedikit.


5. Dia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajibannya terhadap Allah S.W.T. dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah S.W.T.


6. Dia sentiasa menjaga lidah, selalu tafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal."




src : http://zahid4world.blogspot.com/



Fitrah Menjadi Fitnah


Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya.

Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.
Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.

Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakanNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?

Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku.


Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?


Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?


Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!

Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya".

Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh,

"Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya 'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.

"Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta!!!"


Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!




Sumber:

Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).

src : http://shidayah.multiply.com/journal/item/78